Posted by: smkpbp1 | 03/03/2010

Maklumat tentang 3K

PELAKSANAAN KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K) DI SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

DASAR 3K

  1. Merancang pelan strategik yang mantap dan mampu meningkatkan kualiti kebersihan, kesihatan dan keselamatan di SMKPBP(1).
  2. Mengamalkan budaya kerja berpasukan yang dapat melahirkan amalan kebersihan, kesihatan dan  keselamatan di SMKPBP(1).
  3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertingkat aspek-aspek
    kebersihan, kesihatan dan keselamatan di SMKPBP(1).
  4. Sentiasa memantau aspek kebersihan, kesihatan keselamatan untuk
    memastikan tahap peningkatan pelaksanaan 3K di SMKPBP(1).
  5. Menjalin kerjasama antara warga SMKPBP(1) dengan pihak luar seperti PDRM, Bomba, MPSJ dan lainnya bagi  membentuk sebuah masyarakat yang  mengamalkan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan sepanjang hayat.
  6. Pengamalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan rutin haraian warga sekolah.
  7. Bertindak dengan pantas bagi menangani masalah yang wujud berkaitan dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

 Senarai Program Tahunan  3K 2009

Bil. Program 3K
  Aspek Kebersihan
1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan bilik darjah
2 Kempen tandas bersih
3 Gotong Royong Perdana
4 Gotong Royong Bulanan
5 Kekemasan dan kebersihan diri
  Aspek Kesihatan
1 Suntikan Titanus
2 Ceramah/Pameran Anti Denggi
3 Ceramah makanan sihat
4 Rawatan gigi
5 Pemeriksaan buah pinggang
     Aspek Keselamatan
1 Pemeriksaan lesen,cukai jalan raya
2 Pemeriksaan alat pemadam api
3 Latihan kebakaran
4 Pertandingan kuiz keselamatan
5 Kempen keselamatan pergi balik sekolah
6 Lawatan ke Puspakom

 Pencapaian Program 3K/Hari Qualiti 

KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2005

  1. Sijil Penghargaan Anugerah Kualiti 2005, Daerah Petaling Bagi Anugerah Kualiti 3K, Johan Kategori Pengurusan Kesihatan dan Kebersihan Peringkat Sekolah Menengah.
  2. Naib Johan Pertandingan Tandas Bersih antara Sekolah, Restoran Stesen Minyak, Masjid dan Kompleks Membeli Belah Peringkat MPSJ.

 KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2008

  1. Anugerah Kualiti Pengurusan BOSS Kategori Sekolah Menengah Sempena Hari Guru dan Anugerah Kualiti Daerah Petaling Perdana.

 KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2009

  1. Johan Anugerah Kualiti Pengurusan 3K Kategori Kebersihan Sekolah Menengah, Sempena Hari Guru dan Anugerah Kualiti Daerah Petaling Perdana.
  2. Johan Anugerah Kualiti Pengurusan 3K Kategori  Keselamatan Sekolah Menengah, Sempena Hari Guru dan Anugerah Kualiti Daerah Petaling Perdana.
  3. Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Pusat Sumber Kategori Sekolah Menengah, Sempena Hari Guru dan Anugerah kualiti  Daerah Petaling Perdana.
  4. Anugerah Pengurusan Pusat Sekolah Cemerlang, Sempena Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.
  5. Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan 3K Kategoi Kesihatan Sekolah Menengah.
  6. Naib Johan Anugerah Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor).
  7. Tempat Ketiga Anugerah Kualiti Lanskap Sekolah Kategori Sekolah Menengah Sempena Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kualiti PPD Petaling Perdana.

 Hasil tulisanNoor Azizah Ahmad
Penyelaras 3K


Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers

%d bloggers like this: